Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Friday, July 11, 2014

PENEROKA YAHUDI MERAMPAS TANAH MILIK PALESTIN DI BAWAH PERLINDUNGAN TENTERA DI BANDAR ARRABAH

Jumaat , 11-07-2014 - Sebilangan besar peneroka Yahudi di bawah perlindungan tentera pada hari Selasa merampas sebuah kawasan besar tanah milik Palestin di bandar Arrabah, selatan Jenin, dan memulakan kerja-kerja untuk meratakan tanah dan menumbangkan pokok-pokok zaitun di kawasan tersebut.
Sumber tempatan memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa tentera dan peneroka bersenjata mengepung kawasa dan menghalang pemiliknya dari memasuki kawasan tersebut.
Mereka menambah bahawa peneroka Yahudi mengambil tanah tersebut sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk merampas tanah milik Palestin berhampiran penempatan Dotan dan untuk mengembangkannya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah
Read More

896 RAKYAT PALESTIN DITAHAN SEJAK KEMPEN PENAHANAN ISRAEL BERMULA

Jumaat , 11-07-2014 - Angkatan Bersenjata Israel (IOF) telah menahan sebanyak 896 rakyat Palestin dari beberapa bahagian Tebing Barat sejak kempen penahanan Israel bermula pertengahanan Jun, menurut Palestinian Prisoner Society pada Selasa lalu.
66 penangkapan dilakukan pada malam semalam termasuklah 24 orang rakyat Palestin dari tanah Palestin 1948, 36 orang rakyat Palestin dari Baitulmuqaddis dan 6 orang dari Bethlehem, Tulkarem, Ramallah dan Jericho.
Sementara itu, Palestin Center for Prisoner Studies berkata lebih dari 1555 orang rakyat Palestin telah ditahan dalam suku kedua tahun 2014, sementara 1175 orang lagi telah ditangkap dalam suku pertama tahun yang sama. Statistik keseluruhan mendedahkan bahawa 2370 penahanan telah dijalankan sejak awal tahun 2014.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira
Read More